Sabtu, 09 Agustus 2008

PROGRAM PERUNCITAN USAHAWAN BUMIPUTERA MARA (TREK PANTAS - FAST TRACK)

TERKINI !!!!!

TRACK PANTAS KINI BERADA DI SELANGOR

PROGRAM MELAHIRKAN USAHAWAN BUMIPUTERA(TREK PANTAS) Dibawah Pembiayaan Majlis Amanah Rakyat(MARA)

Assalamualaikum

Adakah anda seorang yang sedang mencari pekerjaan? atau sedang tercari-cari sumber pendapatan untuk jaminan masa depan? Sudahkah anda mempunyai empayar perniagaan sendiri yang dapat menjamin kehidupan anda sekeluarga pada usia sekarang?


Program Usahawan Bumiputera ini baru dilancarkan di Utara (Kedah, Pulau Pinang dan Perak). MARA sedang mencari bakal usahawan untuk diberi bimbingan sehingga menjadi usahawan yang berjaya.

Sasaran utama –

  • Fresh graduate
  • Penganggur
  • Peniaga
  • Pelajar
  • Dan sesiapa yang ingin menjadi usahawan berjaya (keluarkan diri anda dari masalah kewangan.)



Matlamat : Mencari dan membangun Usahawan Bumiputera.KELEBIHAN PROGRAM INI

1.Bidang niaga disediakan(lebih 40 jenis Bidang Perniagaan).
2.Sistem teruji (yang terbaik).
3.Pasaran sedia ada (luas).
4.Modal disediakan, oleh pihak MARA.
5.Latihan dan Kursus diberi dengan pembiayaan MARA (percuma).
6.Perniagaan boleh diwarisi.
7.Bimbingan diberi oleh Mentor.
8.Pemantauan kejayaan dibuat 2 bulan sekali, sehingga anda berjaya.


Program ‘Trek Pantas’ MARA “Usahawan bantu Usahawan” ini adalah untuk membudayakan perniagaan dari ‘tidak biasa’ kepada ‘biasa’ berniaga.
Target MARA : melahirkan seramai mungkin usahawan bumiputera yang berjaya dengan pantas setiap bulan yang bergelar CDM atau Cipta Diri Millionaire ( Self Made Millionaire). Sasaran MARA melahirkan sekurang-kurangnya 5 usahawan berjaya sebulan dan melahirkan 60 Jutawan setahun tanpa had untuk program ini. Jadilah salah seorang daripadanya.

Justeru MARA telah menyediakan sebanyak 40 bidang untuk dipilih oleh bakal usahawan bagi memenuhi permintaan pasaran, dan mentor yang telah berjaya di dalam 40 bidang tersebut akan membantu anda untuk turut berjaya seperti mereka (Mentor/Mentee).

Program ini merupakan ‘pioneer group’ dan dijangka dapat melahirkan ramai usahawan bumiputera yang berjaya dengan PANTAS/CEPAT. Jadilah yang terawal, program ini dibawah khidmat nasihat dan pemantauan Timbalan Pengarah MARA Malaysia bahagian pembangunan dan usahawan.


Kelayakan :

1.Bumiputera sahaja.
2.Berumur antara 18 sehingga 60 tahun.
3.Sepenuh masa (jika bekerja boleh dibincangkan tetapi wajib menghadiri kursus-kursus yang bakal dianjurkan).
4.Daftar perniagaan SSM.
5.Gambar saiz paspot 4 keping.
6.Penuhi syarat 1-5 dan hadiri kursus Latihan Asas Keusahawanan MARA(LAKM).


Jika ada diantara ‘syarat’ 4~6 diatas yang belum ada, boleh disediakan kemudian.


Ini “pioneer group”, ‘FIRST COME. FIRST SERVE”. Selepas kursus, anda diberi sijil kursus oleh MARA. Kursus Batch Pertama LAKM telah diadakan pada 20, 21,22 Jun 2008. Kursus Batch Ke-2 diadakan pada 29,30,31 Ogos 2008 dan Kursus Batch Ke-3 bakal diadakan pada 21,22,23 November 2008. Kursus dan Latihan susulan dijadual akan diadakan pada setiap bulan, tempat terhad kepada 60 orang sahaja setiap sesi. Tarikh kursus akan diberitahu semasa taklimat dan akan dikemaskini di dalam blog.

En Azrul 016-4008054 / 014 2488163 (maxis) SMS tidak dilayan!!

WAKIL NEGERI

KEDAH

En. Othman -019 410 35 00

En Sazrul -012 445 64 41

En Hisham -016 400 80 54

PULAU PINANG

En Shah -012 597 97 25

En Daud -016 496 14 69

En Azrul -014 248 81 63

PERAK

Pn Habibah -016 510 42 02

En Syam - 012 224 67 39

En Shahrom -016 591 61 38

SELANGOR

En Azrul -014 248 81 63

En Shah -012 597 97 25


Jika berminat untuk menghadiri Taklimat Penuh seperti berikut:
Sila ‘beri’ nama (Tempat Terhad) untuk hadir

Perhatian!!! mulai 1 november hinga Disember 2008. Tidak ada taklimat pada setiap SABTU.
RABU (2:30ptg)
Call, untuk mendapatkan tempat)
MASA : 1~2 jam
TEMPAT : Dynapharmaceutical, Prai, P.Pinang.
BAYARAN MASUK : Percuma


Program di Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka bakal bermula pada bulan November/Disember 2008. Jika berminat, beri nama dan no. telefon number sekarang.

Sekian, Terima kasih.





________________________________________________________________________

Untuk melihat gambar gambar kursus sila klik url di bawah:

www.usahawanmara2u.blogspot.com

Atau klik pada gambar di "kiri blog"

__________________________________________________________________

MEMO

Batch #1


Peserta : 57 orang
Lulus : 44 orang
Tarikh : 20 - 22 jun 2008
Tempat : Swiss Inn Sungai Petani, Kedah

Batch #2

Peserta : 57 orang
Lulus : 56 orang
Tarikh : 29 - 31 ogos 2008
Tempat : Hydro Majestic Hotel Batu Feringgi, Penang

Batch #3

Akan di adakan di PULAU PANGKOR PERAK pada 21, 22 dan 23 november 2008. Pendaftaran Telah Ditutup

Batch #4

Pendaftaran Dibuka Sekarang

14 komentar:

datuk A mengatakan...

kawan kawan marilah kita sama sama menjadi usahawan.... disinilah permulaan kita menjadi keluarga mara....

MEL mengatakan...

salam...saya nak tumpang tanya...kat MARA ada x kursus berkaitan percetakan, saya amat berminat dalam bidang ni..
kalau boleh nak dapat info laa tntag hal ni..
thanks...

datuk A mengatakan...

kepada puteriperihatin
bukan saja kursus tapi akan diberi bimbingan dan pembiayaan jika anda mengikuti program peruncitan ini...datang dengar taklimat kemudian buat keputusan

crabster mengatakan...

salam...
saya berminat dgn program ni.
jadi bagaimana cara nak register yer?saya di KL dan berminat ceburi bidang kek dan pastry.

Unknown mengatakan...

Salam,

Saya dah sms detail pd En. Shah @ 11 Nov baru ni.
Azmi Ghazali.

Harap ada peluang.

datuk A mengatakan...

terima kasih.. kepada yang berada di selangor berminat untuk menghadiri taklimat boleh sms saya (azrul) nama, no telefon, tempat taklimat
terima kasih

InTaN mengatakan...

Bulan lepas saya dah sms detail to Encik Azrul... Saya memang berminat sangat untuk join kursus mara ni... Saya juga dah lame tunggu peluang untuk bukak bisnes.... hopefully dpt join kursus ni.... ^_^

bunga mengatakan...

salam..
saya nak tumpang tanya..bila kursus di selangor nak diadakan...sudah sms nama dan detail pada en.azrul..tapi belum terima feedback..mmg minat sgt..harap[ diberi peluang

Ummu Abiha mengatakan...

Salam,
En. Azrul, saya juga berminat utk menghadiri seminar dan training yang berkaitan dengan program usahawan MARA ini. Saya bekerja di syarikat swasta dan sekiranya ada seminar di KL atau Ipoh, silalah maklumkan peluang ini kepada saya.
Shahida (Shida), 019-2610288.
Terima kasih.

Unknown mengatakan...

assalamualaikum orang pahang boleh join ke?

sue mengatakan...

Assalamualaikum....saya nak tumpang tanya bilakah kursus seterusnya akan diadakan pada tahun 2009 nih...saya betul2 tertarik dgn kaedah mentor ini....pada pendapat saya mcm inilah cara yg paling sesuai untuk menjadikan bumiputera macam saya ni sebagai usahawan berjaya....kerana kita yg tak berpengalaman boleh belajar dgn org berpengalaman ttg cara bagaimana nak setup business and handle busines yg diingini....

Suhana mengatakan...

Salam semua...

Sudah hampir setahun sy tunggu peluan untuk buat bisnes dengan bantuan mara... sy rase kite perlu usaha sendiri... alhamdulillah skrg ni sy telah mempunyai bisnes sendiri... sy mencasri rakan kongsi yg berminat...

sila layri : beautifulsuhana.blogspot.com

Wallahualam...

hazierah mengatakan...

salam...saya hazirah. saya berminat dalam perniagaan tetapi saya tiada pengalaman. saya ingin mengikuti kursus yang ditawarkan. bilakah agaknya kursus tersebut diadakan???

Радомир Эра mengatakan...

Jika anda mempunyai masalah kewangan, maka sudah tiba masanya untuk anda tersenyum. Anda hanya perlu menghubungi Encik Benjamin dengan jumlah yang anda mahu pinjam dan tempoh pembayaran yang sesuai dengan anda dan anda akan mempunyai pinjaman anda dalam masa kurang dari 48 jam. Saya hanya mendapat manfaat untuk keenam kali pinjaman sebanyak 700 ribu dolar untuk tempoh 180 bulan dengan kemungkinan membayar sebelum tarikh tamat tempoh. Jadikan kenalan dengannya dan anda akan melihat bahawa dia seorang lelaki yang jujur dengan hati yang baik. E-melnya adalah lfdsloans@lemeridianfds.com dan nombor telefon WhatAppnya ialah + 1-989-394-3740